Dengan Pantas Sekali Ebit Lew Sampai Ke Tempat Mangsa Banjir, Jenis Bantuan Yang Diberikan Buat Semua Mangsa Ringan Sedikit Beban Mereka

BAGAN SERAI – Seramai 152 mangsa banjir dari 63 keluarga yang menjadi penghuni di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Haji Aman bertuah apabila disantuni pendakwah bebas, Ustaz Ebit Liew sebentar tadi.

Menurut Ebit Liew, dia terbaca berita mengenai banjir yang melanda di Perak dengan jumlah mangsa yang ramai sebelum hatinta tergerak untuk bersua wajah menziarahi mereka.

“Sebelum sampai ke PPS SK Parit Haji Aman ini, saya telah singgah ke beberapa buah kampung berdekatan yang terjejas dengan air banjir. Awalnya saya sangkakan banjir yang melanda di kawasan ini banjir kilat, tapi rupa-rupanya banjir termenung.

“Saya membuat tinjauan ke beberapa buah rumah mangsa banjir bagi mengenal pasti bentuk bantuan yang mereka perlukan terutamanya rumah warga emas dan ibu tunggal yang mungkin peralatan perkakas rumahnya rosak, insya-Allah saya akan bantu,” katanya ketika ditemui pemberita.

Katanya, untuk mangsa banjir yang menghuni di PPS ini, beliau menyumbangkan tilam bujang sebanyak 100 unit dan 60 unit lagi tilam ‘queen size’ di samping beberapa jajan untuk anak-anak kecil yang ada di sini.

“Selain itu, setiap keluarga juga menerima RM100 untuk duit belanja mereka,” katanya.

Dalam perkembangan sama Ebit Liew berkata, pihaknya turut membawa lebih 20 anak muda untuk membantu membersihkan rumah-rumah mangsa banjir yang telah surut.

“Kediaman rumah mangsa banjir yang surut ini, anak-anak muda yang saya tinggalkan di sini akan membantu membersih dan mencuci rumah mereka,” katanya.

Sementara itu jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Bencana Negeri Perak memaklumkan, dua lagi PPS di Bagan Serai dan Larut dibuka petang tadi menjadikan jumlah PPS dibuka kepada empat.

“Dua PPS tersebut adalah di Dewan SK Tebing Tinggi, Selama yang melibatkan 56 mangsa manakala 39 lagi mangsa ditempatkan di PPS SK Changkat Lobak, Bagan Serai. Masing-masing dibuka pada pukul 4 dan 5 petang selepas banjir melanda kawasan kediaman mereka.

“Jumlah mangsa yang dipindahkan setakat pukul 9.30 malam ini adalah sebanyak 289 orang daripada 104 mangsa melibatkan empat PPS,” katanya.

Sumber : K! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Dengan Pantas Sekali Ebit Lew Sampai Ke Tempat Mangsa Banjir, Jenis Bantuan Yang Diberikan Buat Semua Mangsa Ringan Sedikit Beban Mereka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*