Gadis Ini Alihkan Kucing Yang Sudah Tidak Bernyawa Selepas Itu Datang Sekawan Kucing Lain, Apa Yang Dilakukan Kucing-kucing Lain Buat Orang Ramai Tergamam

Seperti yang kita ketahui, kucing adalah sejenis haiwan peliharaan yang cukup terkenal kerana sifat manja serta rupanya yang comel.Kucing juga adalah haiwan yang sering diambil sebagai haiwan peliharaan. Selain dapat menemani ketika sunyi, haiwan tersebut juga turut menceriakan suasana dan amat menyeronokkan untuk dimain bersama.Bukan itu sahaja, menjaga kucing juga tidaklah sukar kerana cara penjagaannya yang sangat mudah.

Baru-baru ini tular satu video dimana seorang gadis mengangkat se ekor kucing yang sudah kehilangan nyawa di tengah jalan raya. Gadis ini mengalihkan kucing itu dan letak di tepi supaya tidak digilis kenderaan lain. Apa yang mengejutkan, tiba-tiba datang beberapa ekor kucing lain kerumuni disekeliling kucing yang sudah tiada nyawa itu. Kucing-kucing lain seolah-olah meratapi kucing yang sudah tiada nyawa itu.

Rata-rata orang ramai yang komen, luahkan rasa sedih dan memuji tindakan mulia gadis ini sanggup alihkan kucing tersebut. Orang ramai juga teruja melihat kucing-kucing lain yang datang seperti sedih dengan keadaan itu.

Kucing merupakan haiwan yang comel dan termasuk dalam haiwan yang istimewa di dalam Islam sebab merupakan haiwan peliharaan Nabi Muhammad SAW yang sangat disayangi.

Ramai orang yang masih merasa takut untuk memelihara kucing kerana dikhuatiri membawa keburukan dalam kesihatan. Akan tetapi, semua makhluk yang diciptakan Allah di muka bumi ini tentunya mempunyai kegunaannya masing-masing sama seperti halnya dengan kucing.

Seseorang yang menyayangi haiwan seperti kucing dan haiwan lainnya termasuk haiwan sembelihan sekalipun, maka akan mendapatkan rahmat dari Allah SWT di hari kiamat nanti.

“Barangsiapa menyayangi meskipun terhadap haiwan sembelihan, nescaya Allah akan merahmatinya pada Hari Kiamat.” (HR. Bukhari).

Mendapat keampunan dan redha Allah.Dari Syeikh Dr.Muhammad Luqman dalam kitab Adabul Mufrod ada menyebut jika setiap muslim memang sudah dianjurkan untuk selalu berbuat baik pada semua haiwan seperti kucing supaya mendapat ampunan dan juga redha dari Allah SWT.

Artikel Oleh: ASN Crew

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Gadis Ini Alihkan Kucing Yang Sudah Tidak Bernyawa Selepas Itu Datang Sekawan Kucing Lain, Apa Yang Dilakukan Kucing-kucing Lain Buat Orang Ramai Tergamam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*