Sebab Itulah Budaya Adab Kenalah Dijaga

Kakitangan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang tular di media sosial kerana mengeluarkan kata-katakesat terhadap seorang penggunajalan raya lain tampil memohon maaf atas tindakannya.

“Jika saya salah, saya mintamaaf. Saya maafkan semua. Spread the positivity. I’m done. Assalamualaikum,” tulisnya menerusi Instagram miliknya.

Berdasarkan videokejadian yang dikongsi seorang pemandu, wanita tersebut dilihat membuat pusingan-U sebelum dibunyikan hon oleh pemandu berkenaan.

Wanita berkenaan kemudian memandu ke sebelah kereta pemandu itu, dan seterusnya mengeluarkan kata-kata kesat.

Pemandu berkenaan yang menggunakan nama akaun Twitter Fadzli Amin, berkata wanita tersebut menunjukkan stetoskop ketika insiden itu berlaku, yang mem buatkannya menyangka dia seorang doktor perubatan.

Bagaimanapun, wanita itu dilaporkan merupakan pensyarah UPM.Pengarah Strategi dan Perhubungan Korporat UPM dalam kenyataannya semalam mengesahkan wanita tersebut merupakan kakitangan universiti mereka.

“UPM memandang serius berkenaan hal ini dan ia adalah reaksi spontan peribadi beliau, dan tatakelakuan beliau sama sekali tidak mencerminkan sahsiah serta etika yang sepatutnya diterapkan oleh warga UPM.

“Sehubungan itu, perkara ini berada dalam siasatan pihak UPM untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Terbaru, Fadzli dalam kemas kini di akaun Twitternya memaklumkan bahawa dia akan ke ibu pejabat polis daerah Sepang petang ini untuk memberi keterangan.

Jelasnya, ini kerana wanita tersebut telah membuat laporan polis yang mengatakan bahawa Fadzli memandu dengan berbahaya dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Kredit:MK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments on "Sebab Itulah Budaya Adab Kenalah Dijaga"

  1. Prof dato dr mad | February 4, 2021 at 7:05 pm | Reply

    Ko bawa laju la puaka..pastu nak hon..leh je hon..rapi tak perlu la panjang..just hon je dh ler..rakam..pastu sebar..bebal.

    • Yg puaka tu ko la makcik senak… Dah salah xnak ngaku… Mesti ko ni xde laki erk!? Sbb kalu ade pun mesti laki ko x tahan n tinggalkan ko punye…

Leave a comment

Your email address will not be published.


*