Tiada J0b Akibat PKP, Seorang Badut Trpaksa Bawa Bini Tinggal Dlm Kereta. Dulu Pernah Raih RM3Ok Sebulan

Menyedihkan, namun begitulah nasib yang sudah menimpa pemain cosplay dan badut, Yulius Atma Negara Thamrin dan isterinya yang tiada tempat tinggal dan berteduh di dalam kereta sejak setahun lalu.

Menurut Yulius, 30, yang mesra disapa panggilan Yan, keadaan itu berlaku selepas dia tidak menerima sebarang tawaran untuk membuat persembahan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu.

Apa yang lebih menambah deri.ta apabila Yan mengalami masalah kesihatan iaitu komplikasi p.aru-paru yang menyebabkannya terpaksa berehat pada Oktober tahun lalu bagi menjalani pembe.dahan disyorkan oleh doktor di H.0spital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.

Yan berkata lagi, sejak hilang punca pendapatan nya itu, dia tiada pilihan kecuali dia tinggal didalam kereta dan pernah diberi menumpang di rumah rakan untuk tempoh sebulan.

Menurutnya, baru-baru ini, dia dan isteri tinggal di flat tidak berpenghuni dekat Ulu Tiram, akan tetapi hanya dapat berteduh di situ selama seminggu sahaja sebelum dia diminta untuk mengosongkan kediaman berkenaan bagi mematuhi notis yang dikeluarkan oleh pihak pemaju.

” Saya mencari rezeki sebagai pemain cosplay sejak lima tahun lalu bermula dengan bekerja dengan satu syarikat sebelum berhenti untuk bergerak sendiri.

” Selepas bergerak solo, saya cuba cari makan sebagai badut walaupun tiada pengalaman langsung hingga pernah ditertawakan kerana solekan luntur ketika hari pertama menjual belon di satu kawasan.

” Namun, saya tidak putus asa dan hasil tunjuk ajar seorang sifu badut dikenali Mat Jeng Jeng, saya bergerak aktif hingga menerima banyak tawaran dan pernah meraih RM30,000 dalam sebulan,” katanya ketika dia dihubungi oleh wartawan Harian Metro.

Meskipun pendapatannya bergantung dengan tawaran sahaja, Yan seronok kerana dapat menghiburkan orang ramai dan melakukan kerja yang diminatinya.

Namun, segalanya berubah apabila Yan diuji dengan masalah rumah tangga dan kesihatan yang mengganggu tumpuannya terhadap kerja.

Katanya, keadaan itu menyebabkan rakannya menjauhkan diri dan ada dalam kalangan mereka menuduhnya gila.

” Saya pernah dua kali kecundang dalam rumah tangga dan dikurniakan tiga anak hasil perkahwinan terdahulu, namun anak sulung meninggal dunia.

” Bagaimanapun, jodoh saya dipermudahkan apabila dapat berkahwin kali ketiga dengan seorang wanita, cuma masalah peribadi menyebabkan kami tidak tinggal sebumbung buat masa ini.

” Kini, saya tinggal bersama seorang lagi isteri, tetapi kami tidak mampu menyara anak dan menghantar mereka ke kampung untuk dijaga keluarga buat masa ini,” katanya.


Menurutnya, dia dan isteri terpaksa berbuat demikian oleh kerana mereka tiada kerja tetap buat masa ini dan dan hanya mengambil upah menghantar tong barbeku.

Katanya, sebagai seorang bapa, dia tidak sanggup melihat anak berlapar serta tinggal di dalam kereta sepertinya.

” Saya sudah menemui bilik untuk disewa, cuma risau memikirkan cara mendapatkan wang untuk kelangsungan hidup.

” Agak sukar untuk tinggal dalam kereta bagi jangka masa panjang kerana saya kini mengambil upah membuat penghantaran barang.

” Jadi, saya ambil keputusan berpindah ke bilik sewa, hari ini cuma kerja saya memerlukan wang sebagai modal untuk mengisi minyak kereta kerana perlu menghantar barang kepada pelanggan,” katanya.

Menurutnya, ada rakan cosplay, Mohd Shaifuddin Rahmat, 38, serta rakan lain tampil membantu selepas mengetahui kisahnya di laman sosial.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menghubungi Yan di talian 011 13311501.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Sumber:hmetro/asiakini
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima Kasih!!

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Tiada J0b Akibat PKP, Seorang Badut Trpaksa Bawa Bini Tinggal Dlm Kereta. Dulu Pernah Raih RM3Ok Sebulan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*