Ini Komen Sharnaaz Ahmad Bila Bekas Isteri Dia, Noornabila Dikatakan Telah Bertunang Dengan Engku Emran

Hari ini, timbul kontroversi di media sosial berhubung bekas isteri kepada pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila yang didakwa sedang menjalin hubungan dengan Engku Emran.

Kontroversi ini dipercayai timbul selepas Engku Emran dilihat menghadiri majlis usrah di rumah Nabila.

Susulan daripada itu, rata-rata netizen meluahkan perasaan gembira seandainya kontroversi yang sedang berlaku ini adalah benar. Netizen turut mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

Tak apa la sesuai. Dua-dua tu kali ketiga. Kot la kali ini betul jodoh mereka. Tak begitu? Ada rezeki betemu jodoh. Tak kisah la umur dan kehidupan yang lepas. At least mereka ada persamaan dan persefahaman. Doa yang baik-baik.

Di Facebook, rata-rata netizen meninggalkan komen bahawa mereka gembira sekiranya pasangan tersebut sedang mengenali satu sama lain.

Bila duda bertemu janda. Okay la tu, janji tak kacau bini orang dan tak himpit suami orang.

Tambah netizen, kedua-dua mereka mempunyai status yang sama iaitu duda dan janda. Jadi, tidak ada salahnya sekiranya mereka mahu bercinta.

Pelakon, Sharnaaz Ahmad dipercayai enggan mengulas lebih lanjut mengenai kontroversi yang melibatkan bekas isterinya iaitu Noor Nabila dan Engku Emran.

Menerusi laporan Astro Gempak, Sharnaaz memberitahu dia tidak mahu mengulas mengenai kontroversi yang sedang hangat diperkatakan kini. Tambahnya, itu adalah hak bekas isterinya dan lebih baik sekiranya dia tidak masuk campur.

Saya tak nak komen apa-apa. Itu hak Nabila.

Hari ini viral di media sosial mengenai kisah Engku Emran yang dipercayai hadir ke rumah Nabila untuk menghadiri majlis usrah beberapa hari yang lalu.

Malah, keakraban yang terjalin antara keluarga Noor Nabila dan Engku Emran juga telah menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Di samping itu, Nabila dipercayai sering berkongsi foto dirinya bersama beberapa individu lain termasuk Engku Emran sedang berbasikal sebelum ini.

Sumber: Astro Gempak via Oh Bulan

1 Comment on "Ini Komen Sharnaaz Ahmad Bila Bekas Isteri Dia, Noornabila Dikatakan Telah Bertunang Dengan Engku Emran"

  1. Jika saya mengambil janda tidak ada anak iaitu bekas iateri Engku Emran pun dia tidak boleh komen apa-apa

Leave a comment

Your email address will not be published.


*