Tahniah ! Isteri Eizlan Yusof Selamat Melahirkan Anak Keempat

RAMADAN kali ini menjadi kenangan manis buat pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof apabila isterinya, Datin Seri Natasha Rosa selamat melahirkan anak pertama mereka di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor pada petang Selasa.

Menerusi Instagram, Eizlan, 50, meluahkan rasa syukur dan memuat naik rakaman video sedang mendukung bayi yang diberi gelaran Baby ZR itu.

“Alhamdulillah, yayang (nama panggilan isterinya) dan Baby ZR berada dalam keadaan baik. Terima kasih atas doa dan ingatan baik buat kami sekeluarga,” tulisnya.

Dalam perkongsiannya itu, Eizlan bagaimanapun tidak menyatakan jantina bayi tersebut.

Untuk rekod, ini merupakan anak keempat Eizlan, tiga daripadanya hasil perkahwinan sebelum ini iaitu Vie Zara, 13, Zareef Yusof, 11, dan Vie Zaara, 8 tahun.

Dalam pada itu, pelakon filem Town Mall ini memberitahu dia mengenakan baju yang sama semasa menyambut kelahiran tiga anaknya sebelum ini.

“Baju ini akan jadi kenangan kerana empat anak saya disambut bersamanya,” katanya.

Menerusi laporan pada Disember tahun lalu, Eizlan berkata anak-anaknya yang lain teruja menerima kehadiran adik baharu.

Eizlan sudah miliki tiga cahaya mata hasil perkahwinannya dengan Vie Shantie Khan sebelum ini.

“Anak-anak yang lain memang suka ada adik. Mereka asyik tanya mamanya (Tasha) bila lagi mereka boleh dapat adik. Jadi mereka teruja apabila dapat tahu Tasha mengandung.

“Mereka pun tak kisah sama ada akan dapat adik lelaki ataupun perempuan, asalkan bayi sihat serta selamat,” ujarnya.

Eizlan dan Natasha Rosa Boudville, 30, mendirikan rumah tangga di Putrajaya pada 12 Disember 2019.

Sumber : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK 

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @24 jam berita

PERHATIAN: Pihak 24jam berita tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Tahniah ! Isteri Eizlan Yusof Selamat Melahirkan Anak Keempat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*