Nasib lelaki tak hensem, aku dikawal ketat isteriku hanya sebab viral pasal isu ni. Malah aku kene lebih lagi dari tu

Salam sejahtera semua. Terima kasih admin kalau penulisan aku ni di siarkan. Seperti yang korang sedia maklum,

telah banyak isu lelaki tak hensem yang curang, ada perempuan lain, kahwin dua, 18-19, suami tak hensem kena bedal dengan kawan baik sendiri dan sebagainya.

Dan main isu nya adalah laki tak hensem ni curang. Ada yang buat meme macam ni. Dua gambar laki hensem kat atas dengan caption “SETIA” (salah sorang nya laki wawa zainal) dan 3 gambar laki kat bawah yang buat hal serta tak hensem mana dengan caption “CURANG”

Untuk manusia yang buat meme itu, terima kasih sebab dah merunsingkan hidup aku. HAHAHAHAHA! Aku dah kawen.

Baru ja 2 tahun lebih kurang. Bini aku cantik gila dan aku ni tak hensem mana.

Then tanya kenapa boss aku perempuan (mampos nak jawab) tanya mesti ke kena ada perempuan kat tempat kerja, (bukan company bapak aku) then tanya perlu ke bercakap dengan perempuan?

Duduk sorang- sorang tak boleh ke, (aku manage projek bukan sorang-sorang cek oi. Bukan aku yang hire pekerja) kadang-kadang time kerja dia video call.

Kalau tak angkat mula hantar whatsapp bnyak-banyak tapi satu satu. CONTOH :Kenapa tak angkat video call orang hah?

Buat Apa tu?tengah cakap dengan perempuan ke tu?Ha. Macam tu la HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.

Sebab kes laki tak hensem curang aku kena hadap benda macam ni, Untuk pengetahuan hangpa, bini aku pregnant dan dia alah dengan bau makanan (orang cakap memang peel ibu mengandung ni lain).

Aku pun tak de nak install apps pelik-pelik. Wechat ka, tak dak! yang pelik pada dia ada satu. Mobile legend tu jela.

Tak de nak hide pasword phone tak de nak privacy mana. Dia boleh nak access phone aku bila-bila masa sebab pada aku dah kawen kena tahu semua hal laki bini.

Benda-benda yang aku buat ni lebih membuatkan dia curiga dan takut laki dia dikebas orang sebab dia rasa tak ramai laki akan buat macam mana yang aku buat.

Hadoi la bini ku! kalau suami mu tak buat seperti yang diatas, sapa nak buat? dia nak masak, kang dok UWEEKK UWEEKK!

Nak beli kedai aku plak tak suka makanan kedai. Dia nak basuh baju 4-5 helai tu, tangan dia luka-luka kalau kena sabun basuh ikut la pakai glove ke tak.

TAK SEMUA SUAMI ITU NAK ADA BANYAK ISTERI, TAK SEMUA LELAKI ITU CURANG. kite ni same je. pembawakan diri tu yang menentukan semua.

Untuk isteri, saya dah cakap benda ni banyak kali dah. Awak la satu-satunya isteri saya yang saya sayang.

Saya doa agar hanya awak seorang sahaja yang akan menjadi isteri saya sampai ke syurga. Tak ada dua, tak ada tiga, tak ada empat.

Saya doa Allah tetapkan hati saya hanya untuk awak sahaja dan hati awak tu hanya untuk saya.

Mohon doa agar kami dikurnia rezeki yang melimpah ruah dari segala sudut, dan aku mohon agar semua pembaca confesion ni mendoakan kami dan kesejahteraan mummy dan baby yang bakal lahir.

Biar sempurna cukup sifat akal fikiran, jadi anak soleh solehah untuk kami..

Maaf andai terkasar bahasa, maaf andai penulisan berterabur, aku tak de talent menulis sangat. Sekian terima kasih!

Be the first to comment on "Nasib lelaki tak hensem, aku dikawal ketat isteriku hanya sebab viral pasal isu ni. Malah aku kene lebih lagi dari tu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*